Thursday 14 November 2013

Akibat Mencabar Allah Tubuh Hancur Digilis Lori

Penangan mencabar Allah !

      Sepasang kekasih, dinasihat oleh keluarga dan kawan-kawan agar jangan suka buat maksiat... Semua nasihat hanya dibalas dgn kata-kata perli oleh mereka berdua.. Nak jadi cerita smlm.. Terluncur kata-kata dari mereka berdua, "

"Kalau Tuhan Berani , Meh Kita Jumpa .. Tengok Sape Lagi Kuat !! Sambil Ketawa 

           Kira-kira jam 11.30 malam 16 sept 2013, mereka berdua berkenderaankan motosikal memecut laju di highway tepi kampung. Tiba-tiba berdentum bunyi kemalangan. Kedua-dua pasangan itu didapati terpelosok ke bawah lori 16 tayar.

       Menurut saksi, mereka cuba memotong tapi ada kereta bergerak perlahan di hadapan, lalu terbabas ke arah lori semula, tak dapat dielakkan ..

          Apa yang terjadi kepada mereka ?

     Kedua-duanya digilis hancur oleh lori yang sarat dengan muatannya itu....
Menurut saksi lagi , tidak ada satu bahagian dari badan kedua-dua mangsa yang tidak hancur. Yang dapat dicam hanya 4 batang tulang (kaki) yang dagingnya telah tiada langsung, bagai dikikis habis...

    Bomba yang mengutip mayat-mayat itu hanya dapat mengutip bahagian - bahagian badan mangsa itu dengan penyodok sahaja. Oleh kerana mangsa , mati berasingan, maka dapat la diasingkan juga antara keduanya..

    Di hospital, kedua-dua mayat dimandikan dalam tapis, bagai membasuh daging cincang, tiada cara lain lagi untuk membersihkan mayat tersebut .Mayat itu kemudian dikafankan bagai mengulung 'kuih popia' dan dikerandakan. Kepada keluarga masing-masing dipesan supaya jangan dibuka lagi keranda itu..

     Maka , pada siang 17 sept 2013 , telah ditanam hamba-hamba Allah yang sombong itu... Hamba-hamba yang begitu berani mencabar Allah !

pengajaran dari kisah di atas : 

   Kita Janganlah Mencabar Kekuasaan Allah S.W.T Kerana Sesungguhnya Allah Yang Telah Menciptakan Langit Dan Bumi ..!!



Monday 11 November 2013

Kisah Seorang Anak Yang Derhaka Terhadap Ibunya

” Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 
1 September 1994. 
Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.
 ” Bincang apa tu? Serius aku tengok,” saya menyapa.
” Haaa…Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? ” kata Jaimi, kawan saya.
” Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah,” jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ” di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “.

” Kenapa jadi macam tu? ” saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih
mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun
itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

” Bukannya banyak, RM 20 aja mak! ” gadis itu membentak.
” Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya perlahan.
Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia
mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.

” Maaak… kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,” kata
gadis itu.
” Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.
” RM 20 aja! ” si gadis berkata.
” Tak ada,” jawab ibunya.
” Emak memang kedekut! ” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

” Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut
menyanggah, katanya,
” Ahhh…sudahlah emak! Saya tak mau dengar! “
” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung , tapi belum pun habis
kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;
” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! “

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai.
” Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada.
Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. dan sementara di luar,suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya
dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan
dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran , kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang
bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; ” Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi.
Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan
ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu.”

” Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.”

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.
Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas.

” Kenapa ni ayah? ” kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
” Apa pasal,” Si ayah bertanya.
” Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! ” balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang
menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

” Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat……. tak boleh nak naik,”
gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

” Ayah…kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah..” si gadis menangis memandang
ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cubamenariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

” Tolong saya ayah, tolong saya…….kenapa jadi macam ni ayah? ” kata si gadis sambil meratap.
” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak
tau nak buat macam mana,” jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

” Emak…ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis. Sambil
itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi.
” Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal… Saida
menyesal…… Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk
jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik
keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa. Apabila
terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur
tersebut perlu dikambus.

” Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi.
Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja… kalau hujan macam mana?
kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
 ” Habis anak saya ?” tanya si bapa.
” Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat
isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan,” balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus
keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

” Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat.
Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi.
Nak tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.

” Aku pun nak pergilah,” kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal
masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan
adalah kenalan saya. 
 ” Pssstt…Raie. …Raie..Psstt, ” saya memanggil, Raie yang perasan
saya memanggilnya ,mengangkat tangan.
” Boleh aku tengok budak tu? ” saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya.

” Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan seperti
berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu.
” Sekejap aja. Bolehlah…” saya memujuk…..

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya
menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah
tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar
kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak
melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke
pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis
memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya
tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat
mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya
ke arah sebuah kubur.

Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis
berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak.
Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih;
“Emak… ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal……”

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang
bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. ” Emak…lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan
saya,” Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

” Sudahlah tu Saida…makanlah sikit nak ,” rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus
meratap meminta ampun daripada arwah ibunya...

Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk
dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa
menderhakai ibu bapa akan di balas ‘tunai’.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana . hanya 10 – 15 minit saja
kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak
mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil
berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap ” Ampunkan saya
emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku
insaf…”

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik-beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi
seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.
Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan
lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan.
Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis,
permintaan itu terpaksa ditolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida
masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak
henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.

Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman
masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih
tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh
bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan
merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut
mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan
tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang
bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal
dunia.
Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari
pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.
Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana
terlalu
sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.

Allah Maha Agung…sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah
tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan
seperti
mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang
melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang
derhaka.